Sunday, 27 May 2012

Erti KawaN SebenaR...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.




Akhirnya...hoorey!!!!



Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.



p/s: Kita Kawan Kan ...???

Saturday, 26 May 2012

Adakah Kau Tahu...

Arghhhhh hidung ini tersumbat lagi,taksuke taksuke taksuke...Tapi diri ini agak gigeh nak menaip jugak pepagi nie...Dah lama ecelly nak tulis kat entry ni,cuma masa je cemburu tak habes2...Cemburu ke?hehehe...Kebelakangan ini banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Tapi itulah hidup,putar dan terus berputar ibarat roda katanya. Terkadang aku duduk seorang diri,bayang-bayang nya dtg menjelma dgn tetiba. Sifat ingin tahu apa yg ingin dilakukan semua ditusuk ke kepala.


Kusut oh sungguh kusut. Semakin aku mengikis memori2 itu semakin kuat dan menyebal perasaan ingin tahu tentang dia. Bukan aku mahu tahu apa, cuma sekadar berhati-hati. Aku tau dia masih ada secebis perasaan sayang terhadapku tapi apakan daya,jodoh pertemuan dan perpisahan semua itu sudah tertulis.Cukup setakat ini saja.  Kita hanya merancang dan menentukan hanya di atas sana. Kalo dulu aku mempercayai nya kerna aku telah menakluki dan ditakluki hati masing-masing tetapi kini kepercayaan itu telah hilang. 


Aku tak akan dan tak akan sesekali mempercayai orang dengan semudah itu. Kalo dulu, dia menggunakan "barang"ku untuk mencari sesuatu yg baru "kerja" dan aku memberi kebenaran dgn tidak ada sangsi kerna aku mempercayainya tetapi disebalik kepercayaan yg aku bg itu aku tidak menyangka yg dia akan menceroboh hak peribadiku "privacy & confidential". Aku hanya mampu berfikir yang dia memang mahu mengorek segala perlakuan dan sejarah silam aku. Mungkin dia cemburu kata isi hatiku. Hurm..keluhan saja mampuku lepaskan. Oh kenapa la aku berjumpa manusia begitu? bukan paras rupa menjadi ukuran tapi perlakuan dan sikap amanah yg aku mahukan dalam diri seseorang itu. 


Tapi mengapa kau menyalahkan diri aku seorang?tidak kah kau fikir akan perasaan orang lain?tidak kah kau fikir hati aku jua telah kuberikan padamu?tidak kah kau fikir kotak fikiranku jua sentiasa bermain dgn wajahmu disetiap waktu?tidak kah kau fikir segala pengorbanan yg telah aku lakukan?tidak kah kau fikir yg aku sentiasa berdepan dgn maut?tidak kah kau fikir semua itu? Ya Allah...aku tidak tahu adakah aku tersilap langkah mengenali dia dengan begitu pantas sekali. 

Ya aku akui, hati dia aku telah ku ambil tetapi tak bermaksud seluruh jiwa dan raga kau aku miliki dalam sekelip mata.  Dalam masa yg singkat diri kau aku kenali, pelbagai cara kuturuti, banyak benda kau mahu aku buat itu ini tetapi pernah kah kau fikirkan tentang perubahan yg kau mahukan itu bukan akan mendatangkan kebaikan malah keburukan. Diri kau yg banyak merencanakan setiap pergerakan aku, setiap aktiviti aku,setiap apa yg aku mahu lakukan. Ohh tidak,aku bukan robot yg kau bole suka-suka takluki dgn "alat kawalan jauh" kau itu. Aku lelah dgn sikap kau itu dan penyesalan aku mengenali kau teramat memilukan. Setelah kau kata aku telah mencuri hati kau, aku rasa kau tu gila sebab kau fikir tentang diri kau sahaja. Kau tidak memikirkan hati orang lain. Aku dpt merasakan hubungan ini tidak mencapai tahap kebahagiaan tetapi pergaduhan kerna kita tidak ada keserasian, tiada persefahaman, tidak mempunyai ikatan yg utuh. Maafkan aku walau aku tahu kau masih berdendam dan tidak akan memaafkan diriku ini. 

Tapi sebagai manusia biasa aku memafkan dan menghalalkan segala yg terjalin sepanjang perkenalan kita. Cuma aku terkilan kau yg "mencuri" sesuatu yg merupakan hak privacy dlm hidup aku untuk membalas dendam kau itu. Sekiranya kau menceroboh hak aku itu, aku tak akan memaafkan kau. Biarlah Tuhan yg membalas sbb aku tak mampu untuk menghukum seseorang. 


Kini aku kembali happy dengan orang2 disekelilingku yg mana mereka masih mengingati diriku..Terima kasih sahabat \(^_^)/

p/s:Jgn berikan hati kite sepenuhnya dlm masa yg singkat kerna ia mampu memberi keterujaan dan kepiluan. Carilah tempat yg selamat bagi meletakkan hati yg mampu dijaga dengan keikhlasan untuk sehidup semati.